Alumni Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang

Antara bekas pelajar SMK Gajah Berang ialah:

BilTokoh AlumniBiografi/Latar belakang
1
  • Tan Sri Hadenan Bin Abdul Jalil dilahirkan pada tanggal 22 Februari 1946 di Kampungku Sayang, Bukit Baru, Melaka. 
  • Beliau mendirikan rumahtangga dengan Y.Bhg. Puan Sri Faridah binti Abdul Hamid dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
  • Mendapat pendidikan awal di Tengkera English School dan seterusnya menyambung pendidikan menengah di Gajah Berang School sehingga tingkatan lima sebelum menyambung pengajian di peringkat menengah atas di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. 
  • Setelah menduduki peperiksaan Higher School Certificate (HSC), beliau mendapat tawaran biasiswa MARA untuk mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dengan pengkhususan dalam bidang perakaunan.
  • Beliau menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan di Asian Institute of Management, Manila dan ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah di Henley Management College / Brunel University, United Kingdom.
  • Setelah tamat pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dari Universiti Malaya, beliau berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Kementerian Kewangan pada tahun 1970. Usai pengajian diperingkat Ijazah Sarjana pada tahun 1975, beliau ditempatkan di Bahagian Cukai sebagai Ketua Penolong Setiausaha.
  • Pada tahun 1984, beliau dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian Ekonomi dan Antarabangsa
  • Pada tahun 1986, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Bahagian Kewangan.
  • Pada tahun 1991, beliau dilantik sebagai Setiausaha Bahagian Kewangan.
  • Setelah genap berkhidmat di Kementerian Kewangan selama hampir 28 tahun, beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada tahun 1998.
  • Sembilan bulan kemudian, beliau dilantik sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kerja Raya.
  • Pada tahun 2000, Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Bin Abdul Jalil telah dilantik sebagai Ketua Audit Negara di Jabatan Audit Negara sehingga tahun 2006.
  • Setelah bersara, Tan Sri Datuk Dr. Hadenan Bin Abdul Jalil masih aktif dalam bidang perniagaan dan sektor swasta.
  • Beliau merupakan Ahli Lembaga Pengarah Maybank Berhad, Ahli Lembaga Pengarah Maybank Islamic Berhad, Pengerusi Protasco Berhad, Pengerusi THP Sinar Sdn. Bhd., Pengarah Unilever (M) Sdn. Bhd., Penasihat Kumpulan Pembangunan Sinar Jernih Sdn. Bhd., Pengerusi PNB Commercial Sdn. Bhd. dan Ahli Supervisory Board ABBank Vietnam.
2[2]
  • Tan Sri Abdul Rahim B Mohd Noor dilahirkan pada 6 Jun 1943 di Serkam, Melaka.
  • Mendapat pendidikan sekolah menengah di Gajah Berang School.
  • Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang kelima pada 16 Januari 1994.
  • Antara jawatan yang pernah disandang:
  1. Pegawai Personel Cawangan Pentadbiran Bukit Aman - 9 Februari 1970
  2. TPP Perkhidmatan Pentadbiran Bukit Aman - 1 Disember 1973
  3. Supt. Perjawatan Pentadbiran Bukit Aman - 1 Oktober 1975
  4. PP Tatatertib Pentadbiran Bukit Aman - 18 April 1977
  5. Ketua Polis Daerah Pentadbiran Melaka Tengah - 28 Disember 1977
  6. Komandan Latihan / Maktab Polis, Kuala Kubu Bharu - 18 Januari 1979
  7. Penolong Pengarah Pentadbiran/Pengurusan - 1 September 1981
  8. Pegawai Turus Cawangan Khas Bukit Aman - 3 Januari 1984
  9. Ketua Polis Negeri Selangor - 21 Julai 1984
  10. Pesuruhjaya Polis Sabah - 27 November 1985
  11. Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman - 20 Januari 1986
  12. Timbalan Ketua Polis Negara - 14 Jun 1989
  13. Ketua Polis Negara - 16 Januari 1994
3
  • Profesor Dato’ Dr. Sidek Baba berasal dari Kg.Pulau, Masjid Tanah, Melaka dan dilahirkan pada 12 Jun 1946.
  • Mendapat pendidikan awal di Sekolah Umum Jeram, Masjid Tanah, Melaka (1952-1958) dan menengah di Sekolah Menengah Inggeris Gajah Berang Melaka (1959-1963).
  • Beliau melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak.
  • Mendapat ijazah pertama dalam Pengajian Melayu di Universiti Malaya
  • Beliau memperoleh Sarjana Sains Pendidikan dari Universiti Indiana Bloomington dan Doktor Pendidikan dalam bidang Kajian Dasar di Universiti Northern Illinois di Amerika Syarikat.
  • Berpengalaman menjadi pendidik selama 18 tahun dan pensyarah di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland selama lima tahun.
  • Sebagai Profesor Pendidikan di Institut Pendidikan UIAM, beliau mengajar subjek Kajian Polisi Pendidikan, Integrasi dan Islamisasi ilmu, Isu-isu dalam Pendidikan, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran serta Sistem Nilai dalam Pendidikan.
  • Beliau turut menjadi anggota Lembaga Pengarah IKIM, Lembaga Pengarah Darul Quran Malaysia, Lembaga Pengarah IKMAS, JAKIM, Lembaga Pengarah Kolej Darul Hikmah, Lembaga Penasihat Pendidikan Institut Integriti Malaysia (IIM), Presiden Nadwah Persuratan Islam Malaysia (NAFIS), Eksko Pendidikan MUAFAKAT MARA, Malaysia, Eksko Akademi Ketamadunan, Ahli Majlis Agama Islam, Selangor, Ketua Dakwah, Majlis Agama Islam, Selangor, Lembaga Pengarah Kolej Universiti Islam, Selangor, Anggota Lembaga Penasihat Pendidikan Negara, Penasihat Syariah KFC, J’Corp, Ahli Majlis Perundingan Islam Malaysia dan lain-lain.
  • Beliau telah memberi sumbangan yang besar dengan menghasilkan lebih daripada 1000 kertas kerja yang dibentang di dalam dan luar negara dan menulis artikel di jurnal tempatan dan antarabangsa. 
  • Menulis lebih 25 buah buku mengenai pendidikan, Islam, remaja, autobiografi dan pengurusan sedang dalam percetakan. Antara buku yang dihasilkan beliau ialah Seteguh Tekad, Fikir Dan Zikir, Tajdid Ilmu Dan Pendidikan, Acuan Minda, Pendidikan Rabbani, Keluarga Sakinah, Jalur Berfikir Remaja Islam, Pembangunan Yang Fitrah, Hakikat Rukun, Memoir Dakwah, Pesan Untuk Remaja, Pengurusan Islami, dan Integrated And Collaborative Approach In Teaching And Learning.

Rujukan

WikiPedia: Sekolah Menengah Kebangsaan Gajah Berang http://www.gajahberangalumni.com/content/about-gbs http://gajahberangschool.blogspot.my/ http://meb2091.1bestarinet.net/app/os#!0a395b6f598... http://meb2091.1bestarinet.net/app/os#!3ff4bd34d58... http://meb2091.1bestarinet.net/app/os#!922cdd1babc... http://web.archive.org/web/20170913184121/https://... https://www.facebook.com/SMK-Gajah-Berang-13015265... https://smkgb.wordpress.com/ https://www.youtube.com/embed/3BsvXvC70UY https://www.youtube.com/embed/51YvwdFBFKk